Friday, 22 March 2013

Membesar Dengan Cerita dan Skandal Seks

Lagi video berkaitan skandal seks tersebar di internet yang tak lain tak bukan melibatkan pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat); Anwar Ibrahim. Haish, pemimpin yang seorang ni terus-terusan dikejar dengan isu skandal seks. Belum nampak garisan penamat di mana isu-isu sebegini akan tamat.

Dikatakan dah 15 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan isu skandal seks! 15 tahun tu! Umur budak tingkatan tiga. Gila lama isu skandal seks ni tak habis-habis macam takde penamat hinggakan istilah-istilah yang belum patut diketahui budak-budak mentah berlegar-legar dalam pemikiran bersih mereka.

"Liwat tu apa??"
"China doll tu apa?"

Dang!!! Terkaku.


Camne korang nak jawab soalan begini? Budak innocent, rasa ingin tahu sangat tinggi. Omaigod! Korang nak jawab atau tidak? Kalau tak diberi jawapan, mereka boleh cari kat google. Nanti entah apa-apa yang mereka jumpa kat internet ni. Silap haribulan mula terjebak dengan benda-benda seks sebab terjumpa dengan laman web yang 'related' dengan perkataan yang dicari.

Kecik-kecik lagi pemikiran sudah dikotorkan secara tidak langsung. Aduhai. Cabaran sungguh hidup pada zaman sekarang ni.
Saturday, 2 March 2013

Pertempuran di Lahad Datu, Sabah Ramai Tidak Senang



Lahad Datu, Sabah tidak tenteram. Tiga komando polis terbunuh semasa bertempur dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina kat kampung Tanduo.

Selain Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando, Kpl Azman Ampong diberitakan turut terkorban.

AL-FATIHAH buat wira negara.

!

Dalam keadaan ini beberapa teori konspirasi turut dikeluarkan beberapa pihak. Ada yang mengatakan bahawa apa yang sedang berlaku sekarang adalah perancangan parti kerajaan Barisan Nasional.

Sekaranglah masa yang sangat sesuai untuk UMNO dan Barisan Nasional kelihatan seperti hero dan mengalihkan perhatian rakyat Malaysia terhadap pelbagai isu yang timbul satu demi satu semasa negara kita menghampiri pilihanraya umum, PRU-13. Rakyat akan mula hilang fokus bagi memastikan kerajaan yang ada sekarang kalah dalam PRU-13 ekoran kejadian pertempuran ini.

Huish, macam dalam filem pulak! Fakta untuk kepentingan politik semata-mata atau realiti? Ini soal keselamatan negara dan keamanan rakyat. Biar betul-betul sikit.

Sunday, 24 February 2013

Harlem Shake Sampai Malaysia


Nampaknya Harlem Shake mula nak rampas takhta Gangnam Style. Harlem Shake mula jadi ikutan rakyat negaraku yang tercinta, Malaysia. Bergoyang dan bergoncang sehabis-habisnya. Kalau buat kat tempat awam lagi gempak, kononnya. Apa sajalah korang ni. Kadang-kadang gaya macam tak senonoh pun ada. pffffttt...

Kalau Gangnam Style datang dari Korea, Harlem Shake pulak asal dari New York. Satu demi satu benda yang tak menjana minda jadi ikutan, jadi trend. 'Sekadar untuk suka-suka' jadi lesen untuk ikut budaya orang yang aku tak tahu nak kategorikan camne. Seni? Kelakar.
Saturday, 23 February 2013

Amaran Kepada Guru

amaran kepada guru

Patutlah ramai yang berperangai macam setan sekarang. Mak bapak backup anak-anak tak kira apa. Sepatutnya mak bapak backup guru. Sebab mak bapak pun guru jugak; guru pertama anak manja korang tu.

Kalau korang pun perangai tak betul, jangan mimpi anak korang boleh jadi manusia kat sekolah kalau camni caranya. Ingat anak korang malaikat? Perangai dorang tu hasil didikan korang jugak kat rumah. Aku ingat lagi hadis yang guru aku ajar dulu, sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Setiap anak dilahirkan atas fitrah (suci), maka ibu bapanya yang membentuknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat al-Bukhari) 

Amaran kepada mak bapak!

Budak Mentah Menulis

Dalam blog ini aku akan menulis (melukis boleh tak?)... tulis pasal apa-apa je lah yang aku nak tulis menurut kefahaman aku yang tahap arifnya tidaklah terlalu tinggi. Sekadar je.

Mungkin apa yang aku tulis kat sini boleh mengguriskan hati. Harap korang jangan cepat melenting sebab aku baru nak belajar menulis, baru nak meningkat naik. Kalau ada salah silap harap korang tegur dengan baik dan tidak beremosi.

Mungkin aku 'nampak' macam ganas tapi aku mudah tertekan sebab hati aku pink. Kalau aku yang melenting atau beremosi takpe sebab aku budak mentah lagi. Pengalaman hidup tak banyak. Korang-koranglah yang akan membantu aku mematangkan diri sebab aku belajar dengan melihat perlakuan korang yang berada di sekeliling aku.

Blog ni sekadar tempat berkongsi atau luah apa yang aku fikir atau rasa. Hal personal, hal sosial, hal manusia, hal politik dan sebagainya. Betul atau tidak itu belum tentu. Korang boleh untuk terima, boleh juga untuk tidak menerima. Terpulang, asalkan ia bukan soal akidah.

Sebagai penutupnya, mungkin apa yang aku tulis hari ni adalah perkara betul, mungkin juga satu hari nanti sudah tidak betul sebab tidak diterima lagi atas faktor perkembangan ilmu-ilmu baru mungkin. Macam orang dulu-dulu fikir yang bumi ini empat segi dan hal itu benar pada masa tersebut tapi bukan sekarang.

About Me

Followers

Google+ Followers